29 June 2008 Ahad, Hari ini sekali lagi sejarah ditempa, terutama berkaitan dengan perkembangan alumni MTID, bermula dengan satu pertemuan ukhuwwah di rumah Saudara Azhar Ghazali di Saujana Impian Kajang, antara yang hadir ialah Sdr. Husni, isteri dan anak, sdr. Muhammad Reza,isteri dan anak-anak, sdr. Naim,isteri dan anak-anak. dan sdr. Zaki Rasyid yang kebetulan berada di KL atas urusan peribadi tak dapat hadir seperti yang dirancangkan.
Walaupun masing-masing berada dilembah Klang, namun untuk bersua muka adalah sesuatu yang sukar untuk diaturkan, namun sdr. Azhar Ghazali sering menjadi titik penemu antara kami, kesempatan ini digunakan sepenuhnya untuk bertukar-tukar kabar dan cerita, macam-macamlah yang dibualkan daripada zohor sampai Maghrib kami berkampung di situ, terasa kesian juga memikirkan isterinya yg sedang sarat dgn cahaya mata mereka yang kedua, semoga Allah permudahkan kelahirannya, dan mendapat zuriat yang bakal menjadi penyejuk hati mereka.
selepas solat asar, kami berbual lagi, kali ini topiknya menjadi lebih serius terutama berkaitan dgn perkembangan MTID dan bagaimana harus kami membantu dari jauh dengan kemampuan yang ada. akhirnya kata putus pun diambil, antaranya seperti berikut :
1. Menubuhkan tabung alumni MTID.
2. Akan dikelola oleh kami berempat buat sementara sebagai tonggak utama dalam projek ini.
3. Menabung secara bulanan.
4. Pesertanya adalah lepasan MTID.
5. Pendanaan akan bermula Julai 08 ini.
6. Memohon setiap kluarga menyumbang sekurang-kurang RM20 setiap bulan.
7. Sdr. Azhar Ghazali bersedia utk buat akaun semasa dan mengosongkannya utk dana ini.
8. Dana ini akan menyumbang aset kekal lama kepada MTID mengikut keperluannya ketika itu.
9. Memohon pada setiap alumni MTID membantu dalam mendanai program ini.
10. Mohon maklumkan no kontek kawan-kawan utk dihubungi oleh pihak kami, anda boleh sms ke no 012 467 9582 (Sdr. Husni Abdullah)
Perpisahan kami petang itu diiringi titisan manik hujan yang begitu bererti bagi kami, dengan semangat baru utk menaburkan jasa pada MTID tercinta.
Doakan kejayaan kita bersama dalam Membangunkan Ummah Melalui MTID.
Salam Hormat.